Yuna Tidak perlu korban identiti untuk berjaya di AS


KEJAYAAN penyanyi Yuna di Amerika Syarikat (AS) sebenarnya bertitik tolak daripada minatnya yang mendalam dalam bidang muzik.

Biarpun pernah diminta membuka tudung dan mahu kelihatan seksi, namun Yuna berjaya menepisnya dengan baik.

"Ia tidak berlaku kerana kita kena tahu tujuan kita,” katanya.

Tahun 2017 terus menyaksikan anak kelahiran Kedah ini berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular di sana.

Jika tahun lalu, Yuna meniti popular dengan lagu Crush, duetnya bersama Usher hingga berjaya menduduki carta Billboard, ia akan diteruskan lagi untuk tahun ini.

Menerusi temu bual Yuna bersama BBC, Yuna akui minat mendalam dalam bidang muzik meletakkan dirinya ke tahap hari ini.

Rakaman temu bual selama 1.47 saat itu, Yuna dilihat berbangga dengan pencapaian dirinya.

“Untuk menjadi hari ini perlu ‘smart,’ dan paling penting pengetahuan. Saya tak perlu korbankan identiti saya hanya untuk berada di tahap sekarang.

Yuna juga melahirkan rasa bangga, seorang Islam boleh diterima di tengah-tengah kota Washington.

“Ada yang beranggapan, seorang wanita Islam tidak akan berjaya, tetapi saya berjaya tepis kata-kata itu dan selesa dengan apa yang dapat hari ini,” katanya.

Yuna merupakan artis Malaysia pertama yang berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok artis antarabangsa yang lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post