Cheryl Samad Selamat Bersalin Anak Perempuan



Tahniah diucapkan kepada pengacara TV terkenal iaitu Cheryl Samad kerana selamat melahirkan anak perempuan.

Menerusi perkongsian Cheryl di Instagramnya, anak keduanya itu kini berusia 14 hari. Namun nama anak perempuannya itu belum dikongsikan lagi.

"Welcome into our lives little girl. Mummy, Daddy and your big sister Stella are so so happy to have you at home with us," tulisnya.



BuletinMalaysia ucapkan semoga Cheryl sentiasa menjaga kesihatan ketika dalam proses berpantang dan anak dapat membesar dengan sihat.

Untuk rekod, Cheryl dan suaminya Ng Ping Ho telah mendirikan rumah tangga sejak 1 Mei 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Stella.

Post a Comment

Previous Post Next Post