Roslan Shah akui gambar bogel tersebar adalah miliknya




Pengacara Roslan Shah tidak menafikan sekeping gambar bogel yang tersebar sejak semalam adalah miliknya.

Dia juga turut berkongsi gambar bogel tersebut di Instagramnya semalam dengan menyertakan dakwaan bahawa ada pihak yang cuba mengaibkan dirinya.

"Terima kasih orang yang menyebarkan gambar ini serta video. Tergamak sungguh ya mahu memalukan saya.

"Terima kasih kepada pengikut dan peminat saya yang menghantar gambar ini menerusi WhatsApp tadi. Tidak tahu lah apa lagi yang tidak puas hati dengan saya," tulisnya.

Namun menerusi sebuah portal, Roslan memberitahu gambar berkenaan dirakam oleh seorang rakannya dengan niat sekadar untuk bergurau.

Gambar tersebut dirakam sekitar tahun lalu ketika dia berada di sebuah hotel.

Post a Comment

Previous Post Next Post