Ameng Dibebaskan dari penjara


Gambar viral Ameng ketika disambut Sabariah dan anaknyam Wan Ammar di hadapan Penjara Kluang sebentar tadi.

Vokalis kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, atau lebih dikenali sebagai Ameng dibebaskan dari Penjara Kluang, di sini selepas menjalani hukuman kira-kira lima tahun empat bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, hari ini.

Pembebasan Ameng disambut oleh isterinya, Sabariah Zakariah, 46, bersama anak tunggal mereka, Wan Ammar Haikal, 9, di hadapan pintu utama Penjara Kluang.

Ameng berkata, pembebasannya diibaratkan sebagai Ameng yang baharu ditambah dibebaskan pada bulan Ramadan.

“Syukur Alhamdulillah semuanya telah selesai. Saya boleh keluar dengan keadaan sihat malah gembira melihat isteri dan keluarga juga sihat.

“Inilah suatu perkara yang paling sukar saya alami dan pada awalnya saya rasa saya telah gagal tetapi dengan rahmat ALLAH SWT dengan sokongan keluarga dan pihak penjara saya berjaya keluar dalam keadaan sihat,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Sebelum ini, Ameng telah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah.

Namun hukuman itu dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post