Sarimah Ibrahim bakal timang anak perempuan




Sarimah mendirikan rumah tangga bersama Nadzimuddin pada tahun 2016.

Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim bakal menimang cahaya mata sulung perempuan yang dijangka dilahirkan pada Julai ini.

Sarimah,41, mengumumkan perkara tersebut pada majlis pelancaran koleksi alat soleknya, Thrill By Sarimah Ibrahim di platform e-dagang Shopee di Mercu Mustafa Kamal, sebentar tadi.

Meluahkan rasa gementar membilang detik melahirkan tidak lama lagi, Sarimah memberitahu dia agak terkejut apabila imbasan doktor memberitahu dia akan menimang cahaya mata perempuan.

“Saya anak sulung daripada empat beradik yang semuanya lelaki jadi ini akan jadi pengalaman baharu buat saya.

“Walau bagaimanapun, saya tetap berasa teruja kerana saya akan memiliki kawan untuk berhias dan melaram,” katanya lagi.

Sarimah mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 47, pada tahun 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post