Tak jadi nikah, Awi Rafael lancar Rahasiaku dicipta untuk perkahwinannya dengan Atikah




"Awi berharap lagu ini dapat menjadi pengganti sementara dirinya dalam mencari ruang dan waktu bersama keluarga bagi merawat lukanya," ujar kenyataan tersebut.

Lagu Rahasiaku dicipta untuk hari perkahwinan mereka.

Awi Rafael dan Atikah Suhaime mengejutkan ramai pihak apabila membuat pengumuman membatalkan majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Akad nikah sepatutnya berlangsung pada Jumaat sempena hari lahir Atikah yang ke 28 tahun.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018 di dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman Atikah di Singapura.

Lagu tersebut merupakan hasil nukilan Awi bersama komposer Eddie Hamid dan dirakamkan bersama pernerbit terkenal Indonesia Posan Tobing.

Lagu itu juga melalui proses penerbitan di Kuala Lumpur dan Jakarta bakal dimuatkan dalam album baharunya berjudul Euphoria.

Rahasiaku merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia boleh distrim menerusi saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula Jumaat.


Post a Comment

Previous Post Next Post