Hael Husaini Harga saya masuk akal


Kejayaan lagu Jampi yang didengar lebih 13 juta kali di semua aplikasi penstriman sepanjang tahun lalu, tentunya meletakkan penyanyi Hael Husaini, 31, antara penyanyi yang mendapat bayaran tertinggi bagi setiap persembahan.

Bagaimanapun, Hael atau Hal Husaini Razmi menafikan perkara itu, sebaliknya mengatakan bayaran dikenakan masih masuk akal.

“Mana ada saya dapat bayaran mahal. Malah tidak pernah pun saya menganggap diri sebagai penyanyi yang mendapat bayaran tinggi.

“Mungkin mereka beranggapan saya mahal sebab penampilan, kerja dan lagu. Diakui perkara ini menjadi keutamaan saya dalam setiap persembahan.

“Orang bayar untuk menyanyi, saya tidak boleh bersikap sambil lewa atau biasa-biasa saja. Terpulang kepada penilaian masing-masing terutama mereka yang menghargai hasil kerja saya.

“Bagi saya apa yang penting sebagai artis adalah kualiti dalam sesebuah karya,” katanya.



Hael menafikan letak harga soal bayaran meski lagu Jampi antara lagu popular. Katanya, siapa yang pernah bekerja dengannya pasti tahu nilai sebenar persembahan mengikut acara.

“Setiap peluang diberikan saya anggap rezeki. Kalau saya mahal dan 'demand', mustahil jadual persembahan saya tidak putus. Dari situ bukti harga saya masih okey dan berpatutan.



“Melainkan jika persembahan saya setahun sekali atau jarang muncul, baru boleh kata bayaran mahal. Sebagai penyanyi yang baru dikenali, saya masih sedar diri dan ruang,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post