Permohonan pelakon Son Seung Won untuk pembebasan bersyarat dalam kes memandu bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan telah ditolak mahkamah.
Pelakon itu kini dalam proses perbicaraan di Mahkamah Daerah Seoul.
Bintang drama Waikiki berdepan dengan hukuman empat tahun penjara jika didapati bersalah.
Pelakon itu terlibat dengan kemalangan pada 26 Disember 2018 dan cuba melarikan diri dalam kejadian tersebut.
Bagaimanapun, beberapa saksi tampil membuat laporan terhadap kes berkenaan.
Dia didakwa tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan mengandungi 0,206 peratus kadar alkohol dalam badan.