"Tambahan pula saya tidak percaya dengan mencari jodoh menggunakan laman sosial kerana lebih baik guna cara konvensional," katanya.
Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Issey elak cari jodoh menerusi laman sosial.
Dalam pada itu, Issey memberitahu dia masih solo bukan kerana takut atau serik untuk berkahwin tetapi buat masa ini dirinya sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.
"Siapa yang tidak sunyi apabila balik ke rumah tiada siapa yang sambut terutamanya kalau melihat rakan-rakan sebaya semuanya sudah beranak-pinak.
"Tetapi soal jodoh ini ditangan Allah... Kalau bertemu dengan pasangan yang sesuai dan ada jodoh pasti saya akan berkahwin cuma sekarang memang tiada tambahan pula sibuk dengan kerjaya seni.
"Serik itu sama sekali tidak... Apa yang berlaku dahulu pun masing-masing ada kesalahan dan saya ambil kegagalan dahulu sebagai pengajaran dan belajar untuk menjadi seorang suami yang lebih baik," katanya.
Menolak jodoh daripada golongan selebriti, Issey memberitahu dia berharap dipertemukan dengan wanita biasa yang boleh memahami dirinya dan kerjayanya.