Fizi Ali, Shakilla Khoriri timang anak perempuan




Shakilla (kanan) selamat melahirkan bayi perempuan pukul 11.20 pagi tadi.

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali bersyukur kerana isterinya Shakilla Khoriri selamat melahirkan anak sulung mereka pagi tadi.

Shakilla, 30, melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pada pukul 11.20 pagi tadi di Hospital Damansara.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan Shakilla hingga selamat melalui proses kelahiran.

"Bergelar seorang bapa bukannya mudah dan saya akui ia tanggungjawab yang besar lebih-lebih lagi untuk menjaga anak perempuan. Doakan yang terbaik untuk kami," katanya.

Pada masa sama, Fizi, 30, berkata, dia dan isteri sepakat untuk tidak menunjukkan gambar bayi mereka dalam masa terdekat.

"Ramai bertanya mahu lihat gambar bayi. Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan kongsi kepada semua.

"Buat waktu ini, kami simpan dahulu sebab mahu buat kejutan," ujarnya.

Fizi dan Shakilla yang merupakan seorang pelakon mendirikan rumah tangga pada 18 Februari tahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post