Wany Hasrita berterima kasih kepada haters




Dalam kehidupan ini pasti ada sahaja orang yang suka ataupun tidak dengan keberadaan kita apatah lagi mereka yang bergelar sebagai artis tidak terkecuali.

Bahkan penyanyi popular Menahan Rindu, iaitu Wany Hasrita mengakui perkara itu. Jelasnya kepada Sinar Harian, ‘haters’ atau yang membenci pemilik nama tersebut sebenarnya membantu perjalanan karier sebagai anak seni.

“Pertama sekali ingin saya mengucapkan syukur ke hadirat Ilahi. ALLAH mengurniakan rezeki kepada saya.

“Alhamdulillah dari awal saya melangkah masuk ke lapangan seni hiburan tanahair ini semakin lama diterima baik oleh masyarakat dan juga netizen di media sosial. Malah saya juga lihat bagaimana permainan dalam dunia seni ini.

“Selain peminat saya yang selalu memberikan sokongan yang tidak putus-putus, saya juga berterima kasih kepada mereka (haters) sebab banyak membantu.

“Bila mereka bercakap tentang saya sudah semestinya ia publisiti secara tidak langsung bukan?” ujarnya tersenyum.

Post a Comment

Previous Post Next Post