Wani Selamat Saya belum layak digelar penyanyi nasyid




Lazimnya apabila seseorang penyanyi itu menyanyikan lagu ketuhanan secara automatik dia akan digelar sebagai penyanyi nasyid.

Apatah lagi jika seseorang artis itu berketrampilan manis berjubah dan bertudung litup. Inilah yang dialami oleh penyanyi Wani Selamat.

Bercakap kepasa Sinar Harian, pemilik nama sebenar Nur Shazwani Selamat, 21, berkata, dia tidak ambil pusing apa pun gelaran yang mahu diberikan kepadanya.

“Sejurus tamat Gema Gegar Vaganza tahun lalu memang saya telah dilabel sebagai penyanyi nasyid. Sebenarnya saya tak kisah andai diberi gelaran apa pun, saya terima.

“Bagi saya mungkin orang melihat saya cenderung kepada lagu-lagu nasyid dan saya pun suka cover lagu-lagu unsur kerohanian di media sosial. Mungkin disebabkan itu peminat label saya sebagai penyanyi nasyid,” katanya.

Pun begitu kata Wani, dia masih lagi belum layak untuk dianggap sebagai penyanyi nasyid sepenuhnya.

“Saya juga ada menyanyikan genre lain seperti lagu balada, pop dan jazz. Tapi mungkin orang tak perasan kut.

“Untuk dilabel sebagai artis nasyid pada pendapat saya, belum layak lagi sebab belum ada album lengkap dengan lagu-lagu ketuhanan, cuma ada satu sahaja, single Alhamdulillah bersama penyanyi Juzzthin,” jelas Wani.

Post a Comment

Previous Post Next Post