Wan Maimunah masih mahu berlakon




"Alhamdulillah, sihat-sihat orang berusia (ketawa)," ujarnya ketika ditanya berhubung kesihatan terkini.

Pada akhir November 2016, pelakon terkenal itu pernah dimasukkan di Hospital Jasin, Melaka akibat komplikasi penyakit yang sama dan jantung bengkak.

Terus diajukan soalan berhubung projek lakonan, Dramatis yang ditemui ketika menghadiri Anugerah Skrin 2018, malam Sabtu lalu, meletakkan rezeki tersebut pada kententuan takdir.

"Itu bukan kena tanya saya tapi kepada pihak produksi ataupun stesen TV. Namun kalau ada rezeki orang bagi alhamdulillah.

"Saya dari dulu lagi memang dah bersedia untuk berlakon dan tak pernah lagi keluar kenyataan tak berlakon dah.

"Mungkin ada suara-suara yang cakaplah kot sebab faktor kesihatan tidak mengizinkan," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post