Sengsara dua jam, Umie Aida takut kecewa




Pelakon terkenal, Umie Aida mendedahkan dia mengalami kesengsaraan selama dua jam ketika berada di dalam dewan Anugerah Skrin 2018, lalu.

Menurut Umie Aida atau Umi Khalsum Rahmad Ali, dia mempunyai masalah self-confidence apabila berdepan dengan pertandingan.

"Alhamdulillah syukur, apa yang boleh saya katakan kemenangan ini sekali gus memberikan peluang kepada Dukun yang telah terperap selama 12 tahun lalu untuk turut bertanding.

"Bahkan, sejujurnga saya tidak menaruh harapan sebab takut kecewa.

"Saya kalau fasal pertandingan, keyakinan diri sendiri memang rendah. Dua jam saya sengsara dekat tempat duduk sambil monolog tanya pada diri sendiri bila saya punya turn pula...?" ujar Umie berpuas hati.

Terdahulu, Umie berjaya merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik Filem ASK 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), menerusi filem Dukun arahan Dai Said terbitan Astro Shaw Sdn Bhd.

Post a Comment

Previous Post Next Post