Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Raf Yaakob di Instagram sebentar tadi.
Pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan anak sulungnya secara normal pada pukul 11.33 malam tadi.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Raf Yaakob di Instagram sebentar tadi.
"Syukur alhamdulillah. Tanggal 13 Mac, isteri saya Mawar Rashid selamat melahirkan anak sulung kami secara normal seperti yang diimpikan.
"Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan baik. Buat masa sekarang, beri masa untuk Mawar dan bayi kami berehat dulu.
"Insya-Allah, esok kami akan kongsikan perkembangan lain. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," tulisnya.
Bagaimanapun, Raf belum mendedahkan jantina anak sulungnya dan meminta peminat menunggu jawapan menerusi entri yang akan dikongsikan nanti.