Hans menegaskan dia tidak ada kaitan dengan akaun bernama Carl yang menggunakan gambarnya sebagai profile di aplikasi mencari pasangan.
Pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac mendedahkan ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya sebagai profile di aplikasi mencari pasangan.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 48, berkata individu yang menggunakan nama Carl itu adalah palsu dan tidak ada kaitan dengannya.
"Ini adalah palsu dan tak ada kaitan dengan saya. Kalau nak cari perempuan gunalah muka sendiri bro.
"Satu hari nanti dia mesti nak jumpa awak secara depan-depan kan??? #getalifebro," kata Hans.
Individu tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya sebagai profile.
Hans mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat dan rata-rata pengikutnya berpendapat individu tersebut menggunakan akaun itu untuk menipu wanita.
Namun, ada juga segelintir yang beranggapan tindakan individu tersebut tidak salah kerana Hans mempunyai wajah yang tampan.
"Terdesaknya. Kesian la orang macam ni. Tapi tak salahkan lelaki ni la. @hansisaac terlalu tampan. I ingat lagi, I pernah jumpa you dulu dah lama dekat Mid Valley.
"Tapi jenis macam ni penipu Datuk @hansisaac. Dia akan bagi ayat-ayat manis lepas tu selit-selit cerita sedih dan minta duit dari perempuan," komen beberapa netizen.