Enot memaklumkan perkara itu di Instagram selepas ada pihak salah faham dengan posting gambar dirinya yang dalam keadaan sakit.
Pelakon dan pelawak Enot yang menderita kanser usus menjelaskan bahawa keadaan kesihatannya kini sudah semakin baik.
Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 39, memaklumkan perkara itu di Instagram selepas ada pihak salah faham dengan posting gambar dirinya yang dalam keadaan sakit.
"Maaf ya, gambar yang saya post sebelum oni itu adalah gambar throwback (imbas kembali) syaa masa sakit dan bukannya saya makin sakit.
"Saya dah sihat. Alhamdulillah. Saya dah sihat dan aktif berlakon balik. Jadi jangan risau okey," tulisnya di Instagram.
Pelakon drama Mat Despatch itu pernah dilaporkan menghidap kanser usus pada 2013.