
Mia Ahmad. Kredit foto Instagram Mia Ahmad
Rumah tangga pelakon, Mia Ahmad dikatakan sedang mengalami pergolakan apabila suaminya, Mohd Izham Tarmizi dikatakan curang dalam keadaan dirinya sedang menjalani proses pantang selepas melahirkan anak sulung 28 September lalu.
Mia,30, turut bertindak memadamkan semua gambar suaminya yang juga penjaga gol pasukan bola sepak JDT dan memuat naik kata-kata berbaur kesedihan di laman Instagramnya.
“Allah menghantar seseorang itu dalam hidup kita bersebab dan menyingkirkan dia juga atas alasan yang lebih baik,” tulisnya pada status itu.
Namun begitu, pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu enggan mengulas lanjut tentang isu ini kerana bimbang ia disalah tafsir.
“Maaf ya, saya takut saya tersalah cakap dan orang akan salah faham, ” katanya menerusi WhatsApp kepada Kosmo! Online sebentar tadi.
Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.