Zamani Ibrahim mohon maaf, status tarik diri masih belum terjawab




Penyanyi, Zamani membuat kenyataan maaf secara terbuka di laman Instagramnya berkenaan kegagalan membuat persembahan pada malam konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim lima (GV5), Ahad lalu.

Vokalis kumpulan Slam itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepadanya sepanjang GV5 berlangsung.

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyampaikan tugasan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert minggu kelima.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan padu dengan tolong menyanyikan lagu itu bersama-sama untuk saya,”tulisnya di status tersebut.


Sementara itu, meskipun sudah meminta maaf, teka-teki sama ada pelantun Gerimis Mengundang itu akan menarik diri selepas diberikan imuniti oleh Datuk Seri Aliff Syukri selaku penaja utama rancangan masih belum terjawab.

Menurut pengurusnya, Aalan Ahmad, keputusan tentang penarikan diri akan dibuat selepas semua hal tentang kesihatan Zamani dipertimbangkan sebaiknya.

Post a Comment

Previous Post Next Post