Hidup Black tak lengkap tanpa dia




Penyanyi, Black Hanifah berasa janggal apabila ketiadaan anaknya Khaleef Dayyan di sisi apabila membuat persembahan pentas.

Menurut Black, 30, ia bagaikan tidak lengkap kerana Dayyan sudah menjadi sebahagian penyanyi duet menerusi single terbaharunya, berjudul Pok Pet.

Pun begitu, Black atau nama penuhnya Hanifah Md Hanafiah, terpaksa mengambil keputusan untuk tidak melibatkan anaknya dalam mana-mana pentas besar bermula 2019.

"Tahun depan dia akan mula bersekolah, jadi cukup sampai akhir tahun ini sahaja. Sebab tak mahu terganggu dan mahu dia fokus untuk pelajaran pula.

"Minat dia saya takkan hentikan, di sekolah pun dia masih lagi boleh buat persembahan cuma tidak di pentas-pentas besar seumpama ini.

"Sebelum itu, terlebih dahulu saya akan minta izin dengan mak dia kalau nak tampilkan di pentas besar.

"Kadang-kadang kalau tak ada dia ataupun suara dia, saya rasa tidak lengkap,” jelas Black.

Post a Comment

Previous Post Next Post