Hentikan mesej negatf Aishah tegur Aliff Syukri




Penyanyi, Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin memuat naik status panjang lebar berhubung cara pemasaran yang dibuat oleh Datuk Aliff Syuk di Instagramnya, semalam.

Menurut penyanyi Janji Manis Mu itu, usahawan tersebut tidak menyampai mesej yang positif.

"OMG!!!...Adakah untuk rating saja ke apa ye? I dah tak follow tapi asyik keluar dalam newsfeed I tentang pencarian 'ugly woman' hahaha Allahuakbar!

"Dari dulu lagi I tak pernah setuju dengan pemasaran dan promosi produk memutihkan dan lain-lain. Kerana ia memberi message yang putih tu lebih baik.

"Ini message yang sangat negatif kepada mereka yang dilahirkan tidak berapa nak putih. So what???Dah Allah jadikan begitu, cantik atau tidak semua subjective.



"Hentikan menghantar message negatif begini sehinggakan orang ramai merasa rendah diri sekiranya tidak memenuhi kriteria yang dibuat oleh orang yang nak melakukan produk masing-masing," tulis Aishah di Instagramnya.

Dalam perkongsian sama, Aishah berkata, dalam gurau perlu beradab dan menegur Aliff Syukri untuk mendapatkan kelas Komunikasi Awam.

"Penaja rancangan janganlah sampai macam tu sekali memalukan orang di kaca TV. Walaupun dalam senda gurauan jagalah sensitiviti orang yang berbagai bangsa.

"Mungkin dia selalu bergurau kasar denga kawan-kawan tetapi kita kena selalu ingat ada kata-kata kita yang boleh digunakan pada khalayak ramai dan ada yanb hanya boleh digunakan dalam kelompok private group kita.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya masih waras: Datuk Aliff Syukri]

"@aliffsyukriterlajaklaris pergilah cari seorang guru public speaking dan etika dan belajar cara yang baik utk penampilan diri.

"Supaya tidak ada sensitiviti orang lain yang tercalar. Putih hitam sawo matang apa saja ciptaan Allah swt itu cantik semua tidak ada yang ugly," tambah Aishah.

Post a Comment

Previous Post Next Post