Dua filem Melayu cecah kutipan RM40 juta




Dua filem Melayu tempatan iaitu Hantu Kak Limah dan Munafik 2 kini masih menjadi perbualan daripada kalangan peminat filem biarpun ia sudah habis ditayangkan.

Kedua-dua filem tersebut telah ditayangkan pada bulan yang sama iaitu Oktober 2018.

Walau bagaimanapun, merujuk Malaysian Box Office FINAS, karya arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik, Syamsul Yusof mencatatkan kutipan jualan tiket sebanyak RM37,738,463.83.

Manakala (HKL) arahan Mamat Khalid, terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold pula meraih keuntungan sebanyak RM36,231,126.77.

Meski sebelum ini rata-rata warganet berandaian filem yang sarat dengan unsur dakwah dan seram itu tipis untuk menandingi genre komedi, bagaiamanapun ia meleset.

Mengikuti kedua filem di atas pula adalah Paskal yang ketika ini telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM28.5 juta.



Sementara itu, filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Polis Evo 2 turut menjadi ramalan netizen yang akan pecah panggung!

Ternyata angka memberangsangkan ini adalah satu pencapaian hebat buat industri perfileman tanah air. Syabas buat semua warga produksi.

Post a Comment

Previous Post Next Post