Nadzmi Adhwa terharu, terima kejutan hari jadi daripada Ardell




Pelakon Nadzmi Adhwa melahirkan rasa terharu, apabila menerima kejutan hari jadi yang sangat bermakna daripada teman tapi mesranya, Ardell Aryana, semalam.

Menurut Nadzmi dia menyangkakan, temannya itu, Ardel sudah lupa akan hari lahirnya kerana tiada ucapan daripada pelakon wanita itu sehingga petang semalam.

Tetapi, ia meleset apabila Ardell muncul di rumahnya dan membawa kejutan bersama kek serta beberapa hadiah di dalam kotak termasuk sebuah Iphone XS Max di dalamnya.

Nadzmi meluahkan rasa terharunya itu melalui akaun Instagram (IG) miliknya.

“Terima kasih @ardellaryana, aku ingat kau lupa. Patutlah dari semalam tak ada ucapan, aku tunggu. Rupa-rupanya kau nak kenakan aku. Sedihnya... kenapa kau belikan benda-benda mahal ini semua untuk aku... Iphone XS Max itu aku ingat lima tahun lagi baru aku beli.

"Pandaikan kau beli pam asma itu, mentang-mentanglah aku selalu semput. Yang paling penting sekali pasukan kita minat sama, Arsena. Minat dari kecil lagi sama dengan kau," tulisnya.



Selain itu, Nadzmi turut mendoakan agar Ardell diberikan kesihatan yang baik dan sembuh sepenuhnya supaya mereka boleh bermain futsal seperti dahulu.

"Ingat, walaupun orang cakap kau 'friendzone' aku, tapi aku tak kisah. Mereka tidak tak tahu. Kau sahabat aku yang sentiasa ada dalam susah dan senang aku. Kau tarik aku keluar dari kesedihan aku dan ceriakan hidup aku. Aku sayang kau Nonoi... sayang sangat," tulis Nadzmi lagi.

Kata Nadzmi, walaupun Ardell dua tahun lebih tua daripadanya, namun dia berharap agar mereka dipertemukan jodoh.

"Walaupun beza dua tahun, kau acah-acah anggap aku adik, tapi tak apa, kalau ALLAH sudah tetapkan jodoh kau dengan aku, kau tak boleh tolak juga... Opps. Kau jadi sahabat aku pun aku dah bersyukur sangat dah. Tak apa aku cepat dewasa supaya kau nampak aku ini matang.

"Semoga ALLAH bukakan pintu hati kau yang keras itu untuk aku,” tulisnya.

Perkongsian itu telah mendapat hampir 80,000 tontonan. Dan tata-rata, peminat turut mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh dan bahagia bersama.

"Selamat hari lahir @nadzmiadhwa, moga jodoh milik kamu berdua @ardellaryana... amin," tulis siti_noredah96.

"Comel gila, nak nangis... ha ha ha ha," tulis lyssafendy.

"Selamat hari lahir Nadzmi, semoga ALLAH memberkati kamu. Tak apa 'friendzone' macam mana pun ada jodoh tak kemana. Cepat kahwin," tulis addashahril.

"Selamat hari lahir, semoga panjang umur dan berjodoh dengan @ardellaryana, amin," tulis mischanorham.

"Manisnya, semoga kakak Ardell diberi kesihatan yang baik. Dan semoga dipermudahkan semua urusan kakak Ardel dan abang nadzmi," tulis insyirah1101_.

Post a Comment

Previous Post Next Post