Sharifah Zarina hampa dengan BBNU


Penyanyi, Sharifah Zarina berkata, penyanyi baharu hari ini perlu memperbaiki lagi mutu nyanyian mereka.

Dia yang kini berusia 37 tahun, turut menyifatkan nyanyian kebanyakan barisan pelapis ini sebagai tidak memuaskan.

"Terlebih dahulu saya minta maaf, tapi saya harus bercakap jujur.

"Secara peribadinya mereka kena belajar berusaha dan belajar lebih lagi. Saya tahu mereka budak baru nak up (BBNU), perjalanan mereka masih panjang. Kena belajar banyak lagi sebab boleh dikatakan nyanyian mereka agak teruk," katanya hampa kepada Sinar Harian.

Sharifah Zarina mengulas pertanyaan mengenai kualiti bakat baharu era kini berbanding di awal pembabitannya.



Ujarnya lagi, penyanyi baharu hari ini seperti sudah dikaburi dengan kemasyuran glamor jika dibandingkan hala tuju penyanyi terdahulu.

"Zaman kami dulu pun ada landasan pertandingan tapi bukan macam realiti TV yang mana sangat memfokuskan dunia glamor.

"Saya dulu dari bintang RTM dan semua peserta boleh menyanyi. Hatta bekas bintang RTM hari ini pun masih menyanyi.

"Pemilihan waktu kami, ditapis dengan terperinci kemudian disaring lagi dalam mencari yang terbaik.

"Pun begitu, sekarang ini nak cari satu dalam sepuluh pun susah. Sebab itu industri muzik sekarang hampir musnah," ujarnya jujur.

Post a Comment

Previous Post Next Post