Ummi Nazeera kongsi pengalaman bergelar ibu


Pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera, 28, berkongsi pengalamannya menjadi ibu sejak 22 Ogos lalu di Instagram miliknya.

Menurut isteri kepada Mohd. Izzar Anwari ini, dia tidak mendapat rehat yang cukup dan masih cuba menyesuaikan diri.

"Pemilik jari jemari kecil ini suka membuatkan saya berjaga sepanjang malam. Maaf saya tidak dapat membalas mesej anda. Tidak mendapat rehat yang cukup. Masih cuba membiasakan diri," tulisnya.



Rata-rata pengikut turut berkongsi pengalaman mereka bersama Ummi dan menyifatkan ia pengorbanan biasa yang dilalui setiap ibu.

Ummi selamat bersalin bayi sulung yang diberi nama Ayra Aneesah pada jam 11.37 malam, 22 Ogos lalu menerusi pembedahan ketika usia kandungan mencecah 34 minggu.

Post a Comment

Previous Post Next Post