Bront Palarae takut dengan Nabila Huda


Pelakon, Bront Palarae tidak menyangka bahawa dia akan berlakon genre seram sekali lagi menerusi filem TV, Folklore.

"Sebenarnya saya tidak menyangka bahawa akan berlakon lagi dalam naskhah seumpama ini selepas berlakon dalam filem Pengabdi Setan.

"Malah saya jangkakan akan berlakon karya-karya seram ini dalam lingkungan tiga ke empat tahun lagi.

"Namun bila saya ditawarkan projek daripada pengarah Ho Yuhang takkan saya nak tolak?

"Selepas saya baca skripnya, saya akui bulu roma saya berdiri," katanya kepada Sinar Harian.

Bront, 40, ditemui ketika sidang media Folklore HBO Asia di St. Regis, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Bront yang juga merupakan penerbit dan pengarah berkata tiada pengalaman pelik yang berlaku sewaktu penggambaran dijalankan.



"Seram? Tiada perkara pelik yang berlaku sepanjang penggambaran dijalankan sebab saya hanya fokus untuk buat yang terbaik.

"Tapi tengok Nabila saya takutlah," ujarnya dengan nada bergurau.

Selain Bront dalam Folklore (Toyol) antara bintang lain seperti Nabila Huda, Redza Minhat, Umie Aida dan ramai lagi.

Ia bakal ditayangkan pada Ahad, 7 Oktober pukul 10 malam secara eksklusif di HBO (Saluran Astro 411/431 HD).

Siri antologi seram terbitan asal pertama HBO Asia ini adalah sebuah siri enam episod yang menampilkan kisah-kisah dari Indonesia, Singapura, Jepun, Thailand, Korea dan Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post