Dakwa hampir jadi mangsa culik lanun, Hairul Azreen dan Ammar Alfian jumpa Esscom esok


Hairul Azreen dan Ammar Alfian.

Pelakon Hairul Azreen memaklumkan dia dan Ammar Alfian akan bertemu dengan pihak Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) esok berikutan dakwaan mereka hampir menjadi mangsa culik lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal.

Namun Hairul enggan memberi sebarang maklum balas lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang ia akan menimbulkan lebih banyak salah faham.

“Pihak produksi dan Esscom sudah berhubung tentang perkara ini. Jadi kami akan berjumpa pihak mereka esok.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku. Jadi setakat ini saya tidak berani cakap apa-apa. Tunggu sahajalah esok,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem Paskal di GSC Mid Valley sebentar tadi.



Sebelum ini, Hairul dan Ammar mendakwa pernah hampir menjadi mangsa culik lanun ketika melakukan penggambaran filem itu di Semporna, Sabah.

Berikutan pendedahan itu, Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali, meminta kedua-dua pelakon itu tampil membuat laporan polis bagi memudahkan pihaknya mengambil tindakan sewajarnya atas dakwaan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post