Estranged jual single dalam bentuk CD


Estranged mengeluarkan single terbaharu berjudul Milik Ku yang hanya dijual dalam bentuk cakera padat (CD).

Pada saat penyanyi masa kini berlumba menggunakan laman penstriman muzik untuk menjual karya, Estranged menongkah arus apabila menidakkan keberkesanan saluran tersebut dengan mengeluarkan single terbaharu berjudul Milik Ku yang hanya dijual dalam bentuk cakera padat (CD).

Keputusan tersebut dibuat kerana Estranged percaya bahawa laman seperti Spotify dan YouTube tidak memberi pulangan yang munasabah langsung kepada artis bebas yang telah berusaha untuk menghasilkan karya dan membuat rakaman.

Ujar vokalis, Rich atau nama sebenarnya, Richael Lawrence Gimbang, Estranged hanya percayakan hasil melalui penjualan CD. Malah menurutnya, melalui jualan fizikal ia akan memberi satu pengalaman yang bersifat lebih peribadi.



“Ia berlainan kerana pembeli dapat memiliki sesuatu yang fizikal daripada digital. Malah ia merupakan sebuah kerja keras daripada Estranged.

Sementara itu, gitarisnya, Din menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat kerana kumpulan tersebut merasakan melalui jaringan Spotify dan YouTube tidak dapat memberi sebarang pulangan yang lumayan.

“Kita banyak lagu tapi tiada duit atau pulangan yang setimpal dan perkara ini amat menyedihkan,” ujar Din ralat.

Hasil dari keputusan yang diambil, CD band yang cukup dikenali menerusi single Itu Kamu itu terjual sebanyak 300 unit sewaktu Pesta Harapan yang berlangsung pada 15 September lalu. Single Milik Ku akan hanya dijual melalui CD atau boleh dibeli melalui laman Facebook Estranged.

Post a Comment

Previous Post Next Post