Fasha Sandha belum bersedia kongsi identiti kekasih


Baru-baru ini sebuah video dirakam dengan gaya persis seorang paparazi didakwa memaparkan ‘adegan’ drama berpelukan dan bercium pipi membabitkan antara aktres jelita, Fasha Sandha dengan pelakon, Aidil Aziz.

Video yang tular dalam media sosial sejak minggu lalu lantas menjadikan ibu tunggal beranak dua berkenaan menjadi medan sasaran terutama persoalan mengenai kesediaannya untuk kembali berumah tangga buat kali kedua.

Tanpa sebarang riak wajah kurang senang mahupun memberi reaksi dingin, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 34, tetap mesra mengukirkan senyuman sebelum melontarkan jawapan.

Kata ibu kepada Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima itu, masih terlalu awal untuk berkongsi tentang kisah peribadi terutama melibatkan soal hati dan perasaan kepada umum.

Pelakon filem Anak Halal itu juga enggan mengulas panjang mengenai video yang dikatakan menunjukkan dirinya bersama Aidil di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) berkenaan.

Fasha yang ditemui pada majlis Tayangan Perdana Filem Blok 404 di pusat beli-belah eCurve, Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini turut hadir bagi mempromosikan naskhah terbitan DBI Entertainment Sdn. Bhd. arahan Isma, lakonannya itu.





KOSMO!: Baru-baru ini tular dalam media sosial mengenai dakwaan sebuah video yang dikatakan menunjukkan Fasha memeluk seorang lelaki dipercayai pelakon Aidil Aziz. Apakah reaksi anda mengenai video tersebut?

FASHA SANDHA: Saya mohon maaf kerana tiada sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Adakah anda berasa tidak puas hati terhadap individu yang merakamkan secara sembunyi video berkenaan?

Maaf, saya enggan memberi sebarang penjelasan melibatkan video tersebut kerana bimbang ia akan berpanjangan kelak.

Sehubungan itu, bagaimanakah hubungan anda dengan pelakon Aidil Aziz sekarang?

Kami berkawan rapat dan sering berjumpa kerana kerap bekerja bersama. Dia juga antara kawan yang rapat dengan saya sekarang. Tidak dinafikan saya mendapat reaksi baik berkawan dengan Aidil mungkin kerana dia bukan berstatus suami orang, belum pernah berkahwin dan bujang.

Justeru, bolehkah anda kongsikan tentang sejauh mana hubungan kalian berdua sekarang?

Saya enggan memberi sebarang kenyataan kerana segalanya masih terlalu awal untuk diperkatakan. Cukup sekadar mengatakan kami berkawan rapat buat masa sekarang.

Sekiranya kalian berdua hanya berkawan rapat, jadi apakah status anda sekarang?

Saya mengakui selesa menjalani kehidupan sendiri bersama dua anak kerana ia lebih bebas dan mudah untuk bekerja.

Selagi tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah, saya masih solo. Bagaimanapun, buat masa sekarang, saya single but not available (solo tetapi tidak boleh dimiliki).

Baru-baru ini heboh video Putra Rayfal menangis sambil meminta anda berkahwin lagi. Bolehkah beri komen mengenai insiden itu?

Saya mengetahui akan situasi tersebut tetapi ia bukan suatu perkara yang mudah.

Post a Comment

Previous Post Next Post