Adam Corrie dedah nama anak sulung


Adam Corrie berkongsi nama anaknya dalam laman Instagram hari ini.

Pelakon Adam Corrie Lee akhirnya mengumumkan nama anak sulungnya yang dilahirkan pada 11 Julai lalu.

Ia demi mengikut sunnah iaitu hanya memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan selepas tempoh seminggu kelahiran.

Bayi lelaki itu diberi nama Adam Fateh Lee.

"Assalamualaikum. Hari ini genaplah tujuh hati usia Baby Lee. Pada hari ketujuh disunatkan umumkan nama bayi. Dengan ini saya, Baby Lee adalah Adam Fateh Lee bin Adam Corrie Lee.





"Hari ini juga disunatkan bercukur. Abah cukur sendiri, majlis buat kemudian tunggu emak Fateh habis berpantang dan sihat dahulu," tulisnya di laman Instagram semalam.

Kehadiran bayi sulung itu menamatkan penantian selama 10 tahun Corrie bersama isterinya Fazema Mohd. Fuad yang mendirikan rumah tangga pada 2008.

Post a Comment

Previous Post Next Post