Syazwan Zulkifli mohon maaf pada Janna Nick


Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Syazwan Zulkifly, memohon maaf sekiranya Janna Nick, mahupun peminat aktres itu terasa hati dengan luahan yang di buat di akaun Twitternya Ahad lalu.

Menerusi temu bual bersama mStar Online, Syazwan atau Mohd Syazwan Zulkifly berkata, dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Janna dan pernah bekerjasama dengan gadis berusia 23 tahun itu.

“Tiada apa yang saya tidak berpuas hati dengan pengacara itu (Janna Nick), saya pernah bekerja dengannya dan dia bagus serta mempunyai bakat yang besar.

"Cuma secara peribadi sebagai penonton ia nampak jengkel di mata saya. Kalau mata orang lain ok, saya minta maaf.


"Tapi saya rasa ia nampak menjengkelkan bila dikendalikan dengan cara begitu. Di mana dari topik yang agak serius dan dia masuk dengan lawak.

"Saya lihat sebagai penonton dan kritikan saya dari mata seorang penonton.

"Bagaimanapun kalau ada yag rasa saya kasar atau terguris, saya mohon maaf,” jelasnya.

Syazwan menulis di Twitter dalam nada kecewa apabila menyamakan industri hiburan dengan 'monyet'.

"Saya meluahkan rasa kesal dengan industri, saya tak ada masalah dengan Janna, kat luar pun Janna bukan orang begitu.

"Apa yang membuatkan saya kecewa dengan industri adalah sistem industri yang teruk," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post