Janna Nick terbuka terima kritikan


Tidak melatah dengan apa yang diperkatakan netizen dan rakan seangkatan, pelakon berbakat besar, Janna Nick akhirnya memberi respons mengenai kritikan yang dilontarkan terhadapnya.

Menerusi posting di akaun Twitter miliknya, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner ini menerima segala kritikan dan menghormati pendapat orang lain untuk menjadi lebih baik.

Katanya, dia juga percaya ada cara yang lebih baik untuk memberi kritikan atau mesej dan dia terbuka untuk menerimanya.

"Saya hormat pendapat orang lain dan hargai kritikan membina. Sebab saya mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik.

"Saya percaya sentiasa ada cara untuk menghantar mesej itu secara positif dan saya terbuka untuk terimanya," tulisnya.





Janna, 23, pada Ahad lalu mengacarakan sebuah rancangan hiburan mingguan bersama artis jemputan.

Bagaimanapun aksi Janna semasa mengendalikan program berkenaan menerima pelbagai reaksi.

Rancangan hiburan mingguan itu disiarkan setiap hari Ahad jam 12 tengah hari di TV3 menampilkan Janna Nick serta Ajak Shiro sebagai hos.

Post a Comment

Previous Post Next Post