Rumah terbuka Tajul Ariff


Penyanyi Tajul Ariff, 20, memberitahu andai ada rezeki lebih dan masa yang cukup, dia akan mengumumkan sendiri menerusi media sosialnya berhubung rumah terbuka.

“Soal rumah terbuka tak rancang, tapi kalau ada rezeki dan masa lebih saya akan umumkan menerusi Instagram saya sendiri.

Pelantun popular menerusi lagu Melamar rindu juga adik kepada Allahyarham Achik Spin turut berkongsi lebaran tahun ini lebih menyeronokkan kerana sudah mampu membahagiakan ahli keluarganya.

“Sedikit berbeza bila sudah bergelar sebagai penyanyi yang mana saya sudah ada kemampuan kewangan.

“Jadi dapatlah tampung perbelanjaan keluarga dan beli kelengkapan raya," ujar Tajul yang beraya di Felda Sendayan, Negeri Sembilan.





Post a Comment

Previous Post Next Post