Sweet Qismina ada sebab promosi barangan tiruan


Sweet Qismina menjelaskan sebab sebenar dia mempromosikan produk tiruan di Instagram miliknya.

Pelakon Sweet Qismina memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri apabila bersetuju mempromosikan alat solekan tiruan di Instagram yang menimbulkan pertikaian pengikutnya di laman sosial itu.

Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 21, menjelaskan dia berbuat demikian kerana ingin membantu peniaga-peniaga di laman sosial memandangkan kebanyakan di antara mereka berniaga secara kecil-kecilan.

"Saya tahu ramai orang beritahu saya agar jangan memberi promosi kepada barangan solekan tiruan atau apa juga produk.

"Antara sebab saya buat review di Instagram adalah untuk membantu mempromosikan perniagaan mereka.

"Itu cara mereka mempromosikan barang dan ia adalah pilihan saya untuk membantu mereka," tulisnya dia InstaStory.


Sweet menjelaskan mengenai perkara itu di InstaStory.

Sweet turut memuat naik mesej dihantar peminatnya yang melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakannya mempromosikan barangan tiruan yang boleh menjejaskan reputasinya sebagai selebriti.

Dalam pada itu, Sweet memberitahu dia juga akan memaklumkan kepada pengikutnya sama ada dia menggunakan produk yang dipromosi atau sebaliknya.

Katanya lagi, pengguna yang berminat turut boleh mendapatkan maklumat daripada penjual itu sendiri sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan.





"Jangan bimbang, jika saya gunakan sesuatu produk itu, saya akan edit dibahagian kapsyen dan memaklumkan mengenainya kepada pengikut saya.

"Jika anda membaca dan memahami apa yang saya ingin beritahu dan melihat niat sebenar saya, anda akan faham tujuan sebenar saya wujudkan FQSreviewtime.

"Jenama barangan solekan yang saya muat naik pun ada di Instagram penjual dan memang dinyatakan ia bukan original atau anda boleh berhubung sendiri dengan pemilik akaun. Terima kasih atas keperihatinan anda," jelasnya.

1 Comments

  1. Klu org mintak promosikan cd cetak rompak mcm mane? Kira sama la to, klu dah tiruwan to curi hasil org lain la to..dah salah ngaku je la..bukan susahpun mintak maaf..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post