Alvin Chong akui takut ambil watak Melayu


Aktor popular menerusi drama rantaian Suri Hati Mr Pilot memberitahu, dia ada menerima tawaran untuk watak sebagai orang Melayu.

Walau bagaimanapun, Alvin Chong, 27, bimbang jika dia melakonkan watak tersebut akan mengundang kecaman penonton kerana pelat bila bercakap dalam bahasa Melayu.

Pelakon Awak Suka Saya Tak ini juga memaklumkan dia lebih senang melakonkan watak mualaf.

"Ada juga tawaran watak Melayu daripada produksi tetapi saya tak berani nak ambil sebab masih pelat bila bercakap bahasa Melayu dan kedua isu agama.

"Kalau saya nak istighfar nanti orang akan kecam, mungkin mereka akan katakan saya tidak menghormati agama itu.

"Jadi, untuk tidak menimbulkan perkara ini menjadi isu dikemudian hari lebih baik saya ambil watak mualaf. Dan kalau pengarah itu sudi tukarkan watak itu jadi mualaf saya ok," katanya jujur.





Tambahnya lagi, untuk memperbaiki pelatnya itu dia banyakkan bergaul dengan rakan artis Melayu supaya dapat memperbaiki kekurangannya.

Dalam perkembangan karier, Alvin yang juga seorang penyanyi baru-baru ini tampil dengan projek terbaharu lagu duet bersama penyanyi Filipina iaitu Isabela Vinzon menerusi lagi We Got This.

Post a Comment

Previous Post Next Post