Shiha Zikir Sekarang tak boleh harap satu kerja sahaja


Shiha Zikir, namanya mungkin tak perlu diperkenalkan lagi kerana memiliki wajah seiras penyanyi popular Indonesia, Rossa.

Difahamkan anak kelahiran Bukit Mertajam sejak kebelakangan ini sering ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Jelas Shiha, penglibatannya adalah untuk memberikan perkongsiannya mengenai bisnes kepada orang ramai.

"Sebenarnya pihak SSM yang selalu menjemput saya untuk memberikan khidmat perkongsian tentang bisnes kepada mereka yang berminat sekali gus untuk menarik orang ramai menyertai bidang ini.

"Sekarang ini kita tak boleh berharap pada satu kerja sahaja tetapi perlu ada kerja sampingan.

"Alhamdulillah, pihak SSM mungkin antara yang nampak saya bertungkus lumus selain bidang nyanyian pada masa yang sama ada bisnes sendiri

"Terima kasih kepada pihak SSM sebab selain daripada dapat peluang berkongsi pengalaman saya dalam bisnes, SSM juga bagi banyak peluang untuk orang yang mungkin baru nak mula berniaga mahupun sudah berniaga," jelasnya.





Post a Comment

Previous Post Next Post