Azri Abdullah serik masuk penjara


Bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-9, Azri Abdullah sudah dibebaskan pada Khamis selepas menjalani hukuman penjara untuk tempoh 14 hari atas kesalahan menganiaya anak tiri.

Berdasarkan video rakaman, Azri Abdullah atau nama penuhnya Mohammad Azri Abdullah, 31, menceritakan pengalamannya sewaktu berada di dalam penjara banyak memberikan kesedaran dan pengajaran kepadanya sebagai bapa dan juga suami kepada Salma Mentor.

"Alhamdulillah ini satu pengalaman dan pengajaran buat saya. Saya terima dengan hati yang terbuka.

"Tiada apa yang menarik pun di dalam ini. Memang serik, lepas ini dah tak mahu masuk lagi.

"Namun saya lega kerana semuanya sudah selesai, saya harapa netizen tidak lagi bercerita mengenai kes ini," ucapnya kepada mStar.

Terdahulu, Azri menerima hukuman penjara selama 14 hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah unit pangsapuri, Jalan Putra Indah 9/1C, Sesyen 9, Subang Jaya, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.





Post a Comment

Previous Post Next Post