![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcScFHXh4dTFqAl7TOlMY4-zWfdfWHYzNsjn9py8hXjlaT1bfjQ6yKDaQYnoJf6xrI-rTa5lv-lckon7ETbfqaxrPyBZVVS3SNNz4Z5GulTIGbwqdT3qvj4eb1LfL2I2qcDk0Ul6esT-w/s1600/Hairul+Azreen.jpg)
Tindakan pelakon Hairul Azreen 'memberi cuti' kepada isterinya, Hanis Zalikha dipuji netizen.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya dan anaknya, Yusuf Iskandar, Hairul memaklumkan, dia memberi peluang kepada isterinya itu untuk berehat selepas sebulan menjaga Yusof.
Bahkan ramai netizen merasa terharu melihat aksi Hairul dan Yusuf tersebut mengucapkan selamat tinggal kepada Hanis di lapangan terbang.
"Turn mommy pulak holiday dengan kawan-kawan sebelum daddy sambung shooting Paskal di Turki," tulisnya.
Bagaimanapun ada sesetengah netizen mempertikaikan bagaimana Hanis sanggup meninggalkan Yusuf dan Hairul sendiri yang baru pulang dari Sabah.
Namun menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram, Hairul berpendapat, tugas seorang isteri itu berat, bahkan belum tentu dapat dibalas dengan duit hantaran sejuta.
"Tugas isteri berat kalau nak diukur dengan duit hantaran sejuta pun belum tentu dapat balas.
"Dia jaga anak, dia kemas rumah, dia lipat kain, dia yang lahirkan, jadi kita bagi 'can' (peluang) dia pergi rehatkan diri, tidur lena tak payah bangun buat susu.
"Lagi pun sebulan dia jaga seorang (menjaga Yusuf) masa saya di Sabah," ujarnya.
Hanis Zalikha berkahwin dengan pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan menimang cahaya mata pada 3 Jun 2016.