![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7l4lg7MneQ4X16pcqwN3dagtHxi85qhUjNq37Z4fKyYhBV_9VEZncwZhMJpfLZHu58BO3jCD46R8rDs-TBxQaPb0tI9lAfZMnb2KTLsBGnJq0-ewfpPRANnJr0-YKLMW3wkatMld9lCU/s1600/Chubb-E.jpg)
Segalanya telah terungkai dengan menyaksikan Chubb-E diumum sebagai juara dalam program pertandingan Ceria Megastar, sebentar tadi.
Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn bin Awang Ashrul Affandy, 19, menewaskan empat pesaing lain dengan membawa pulang RM20,000 dan sebuah trofi.
Manakala naib juara disandang oleh Hazury yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan sebuah trofi.
Seterusnya, tempat ketiga dimiliki oleh Warissa dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan sebuah trofi.
Bagi tempat keempat dan kelima jatuh kepada peserta Vanessa dan Iqbal membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 dan RM5,000 beserta sebuah trofi.
Kesemua finalis merakamkan kegembiraan dan keterujaan setelah sepuluh minggu berentap.
Terdahulu Ceria Megastar dirancakkan lagi oleh hos pelawak terkenal, Nabil Ahmad.
Bagi format markah peserta diadili menggunakan format penjurian profesional sebanyak 50% oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, Johan ERA dan juri jemputan Mas Idayu serta undian 30% menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penonton dam 20% daripada undian online.
Tahniah Sinar Harian ucapkan kepada semua pemenang Ceria Megastar.
Gampang Jackpot, Terpecaya dan Lebih Mudah Untuk Menang :D
ReplyDeleteBerikut Adalah Permainan Yang Kami Sediakan :
- Togel - Sabung Ayam - Poker & Domino - Casino - Live Game - Sportbooks.
Di Depototo(titik)org, 1 Akun Untuk Semua Permainan.
BBM : D8B7652A
LINE : Depototo
WhatsApp : +855882805228