Ledakan Fake Love, BTS di YouTube


Persembahan bertenaga kumpulan BTS pada majlis Billboard Music Awards 2018 (BBMAS2018) meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia sementelah acara tersebut turut mencuri tumpuan jutaan khalayak.

Disebabkan pengaruh tersebut, klip video lagu baharu mereka, Fake Love yang baru dimuat naik ke YouTube pada 18 Mei lalu mendapat reaksi bagai pisang goreng panas daripada peminat.

Sekitar sembilan jam selepas dimuat naik, klip video Fake Love mencecah tontonan lebih 100 juta. Kejayaan tersebut lantas menjadikan mereka, band Korea Selatan dengan klip video paling cepat meraih tontonan di YouTube.





Terus mencipta sejarah, Fake Love tersenarai antara 10 klip video yang berjaya mencatat lebih 100 juta penonton kurang daripada tempoh sebulan di YouTube.

Antara klip video lain yang turut tersenarai adalah Wrecking Ball (Miley Cyrus dalam masa enam hari dimuat naik), Can’t Remember to Forget You (Shakira duet Rihanna, 10 hari), Gentleman (Psy) dan Look What You Made Me Do (Taylor Swift) masing-masing mengambil tempoh empat hari untuk meraih 100 juta tontonan.


Post a Comment

Previous Post Next Post