Fattah Amin simpati nasib Shafiq Kyle


Fattah bergambar dengan Album Single Raya berjudul 'Syawal Ini" di majlis Pelancaran Single Raya Fattah Amin di sini hari ini.

Pelakon Fattah Amin bersimpati terhadap atas nasib rakannya, Shafiq Kyle yang ditimpa dengan kontroversi penularan video lucah.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single raya terbaharunya yang berjudul Syawal Kali Ini di di pusat beli-belah Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini sebentar tadi.

"Sudah tentu saya bersimpati dengan Syafiq. Isteri saya (Fazura) turut bersimpati. Kontroversi ini berlaku pada bulan Ramadan.

"Kita sebagai orang luar jangan sebarkan atau bercerita mengenainya kerana jika tidak betul boleh jatuh fitnah dan berdosa," kata Fattah.

Dalam pada itu sebagai selebriti Fattah menjelaskan kontroversi sebegini merupakan lumrah buat anak seni.





"Kontroversi boleh berlaku kepada mana-mana selebriti termasuk saya sendiri. Sebagai selebriti kita harus sentiasa bersedia menghadapi kontroversi dan gosip. Nama pun khabar angin tidak tahu betul atau tidak.

"Jika kontroversi berlaku pada saya perkara pertama adalah berbincang dengan pihak pengurusan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi," ujar Fattah.

Terdahulu, video lucah seorang lelaki mirip Syafiq Kyle telah tersebar dan dijual di laman Twitter sejak malam Ahad lalu dengan harga RM20.

Dalam satu kenyataan rasmi, Syafiq atau nama sebenarnya Mohamad Shafiq Shamim Abdul Razak, 26, memberitahu, dia dan pihak pengurusannya sedang mempertimbangkan jalan terbaik bagi menyelesaikan kontroversi ini termasuk mengambil tindakan undang-undang.

Post a Comment

Previous Post Next Post