Erry Putra Baju Melayu menyusu anak tambah stok!


Gara-Gara viral baju Melayu menyusukan anak, membuatkan permintaan untuk baju Melayu tersebut semakin meningkat sehingga perlu ditambah stok.

Pelakon dan penyanyi, Erry Putra berkata, dia tidak menjangkakan percubaan pertamanya menjual baju Melayu pada tahun ini mendapat sambutan.

"Oleh kerana baru nak belajar-belajar berniaga, saya dan adik buat dalam 2000 pasang sahaja berkerjasama dengan UA Boutique.

"Sekarang dah habis dan perlu ditambah lagi atas permintaan yang tinggi. Jadi kami buat dalam 2000 pasang lagi baju Melayu jenis ini," katanya puas hati.

Mengulas mengenai gelaran yang diberikan terhadap baju tersebut Erry tidak berkecil hati.





"Sebenarnya bila buat baju ini saya tak terfikir pun yang orang akan kata baju menyusukan anak, baju kung fu dan macam-macam lagi gelaran orang bagi.

"Asalnya tiga ciri utama iaitu Melayu, Cina dan India di dalam satu baju, tapi lain pula pandangan orang.

"Terus terang saya ok sahaja. Sedikit pun tak kecil hati malah berterima kasih kerana bantu promosikan baju ini," katanya.

Tambah Erry, siapa yang datang nak beli memang akan cakap baju menyusukan anak. Baginya tidak menjadi hal kerana akhirnya mereka akan jatuh hati dengan baju tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post