Malang Fathia Latiff bertubi-tubi


Sebagai seorang wanita yang berusia 30 tahun, selayaknya buat Fathia Latiff untuk berfikiran matang. Dah boleh berfikiran secara waras baik buruk perbuatan. Kenalah berjaga-jaga supaya nama Fathia tidak terpalit lagi dengan publisiti yang boleh mencemarkan nama baiknya.

Selama ini pun selepas berhijrah, Fathia sendiri meletakkan dirinya sebagai individu yang sedang dalam proses untuk berubah ke arah kebaikan. Kerap kali juga Fathia menegaskan penghijrahannya itu dilakukan secara ikhlas meskipun pada masa yang sama, Fathia terjebak dengan kekhilafan yang dilihat seolah-olah dilakukan secara sengaja.

Tapi dalam kes kali ini, kesalahan yang dilakukan Fathia itu agak keterlaluan. Memang mengaibkan dan menjejaskan air muka keluarga secara tidak langsung apabila Fathia dilihat dalam keadaan sedar menari hingga mendedahkan sebahagian daripada payu daranya dalam aplikasi Bigo Live baru-baru ini.

Apapun tabik pada Fathia kerana dengan berani mengakui kesalahan sendiri. Cuma permohonan maaf dan air mata yang dijadikan senjata untuk menutup kesalahan diri itu dah seakan-akan tak bererti lagi. Beberapa hari selepas berlaku kekecohan isu tersebut, Fathia mendakwa dirinya difitnah sebelum menukar pengakuan.

Hal ini menyebabkan netizen mengutuk perbuatan Fathia yang cakap berpusing-pusing itu. Kan lebih baik kalau awal-awal lagi Fathia mengaku supaya kenyataannya itu tidak dimanipulasikan netizen. Tengok apa dah berlaku sekarang. Sana sini netizen mempersendakan Fathia.

Kasihan juga mengenangkan masa depan kerjaya Fathia dalam bidang lakonan ini. Lebih malang lagi, nama Fathia digugurkan oleh pihak produksi drama La Luna. Tengok tu, semua ini adalah kesan jika Fathia tak fikir panjang dan ambil mudah pada setiap perbuatan.

Jadi ambil iktibar daripada insiden memalukan ini ye Fathia. Jaga diri dan hiasi peribadi supaya peminat tidak lagi mempersendakan Fathia buat sekian kalinya pada masa depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post