Sabtu lalu telah berlangsungnya majlis gilang gemilang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang dihadiri ramai karyawan seni.
Selain daripada kontroversi lawak Zizan yang dianggap melampau dan dikecam oleh netizen, tak kurang juga fesyen yang dipakai selebriti menjadi tumpuan ramai.
Bukan sahaja artis wanita dewasa yang mendapat kritikan mengenai hijab tetapi pelakon kanak-kanak Mia Sara turut menerima nasib yang sama.
Umum mengetahui pelakon kanak-kanak itu mengambil keputusan bertudung seawal 11 tahun lagi.
Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan baru-baru ini telah dikecam kerana memakai tudung singkat sehingga menampakan badanya kelihatan seksi.
Bagaimanapun, ramai juga yang memuji kejelitaan Mia yang mencuri tumpuan ramai apabila dia tiba di Karpet Merah FFM 2017 mengenakan busana merah yang cukup cantik hasil rekaan Dwenraha.
Perkongsian pelakon Strawberi Karipap di Instagram itu juga telah menerima lebih daripada 32,000 likes dan lebih 900 komen dari pengikutnya setakat ini.
Ada juga yang berkata gaya Mia lebih matang daripada usianya yang masih di peringkat sekolah rendah.
Antara komen lain yang ditinggalkan peminat di laman di ruangan komen Instagram milik Mia:
Aduh kesian pelakon cilik ini. Baru sahaja berumur 12 tahun, sudah dilemparkan pelbagai kata-kata yang tak sepatutnya.Bagi MH Online tak perlu kanak-kanak dipaksa berlebihan, cukuplah dia sedar dari kecil pentingnya berhijab.
Tetapi, bagi yang mengkritik, pandangan mereka boleh dikatakan sebagai nasihat untuk Mia berubah kepada yang lebih baik.
Dalam perkembangan lain, selain berlakon, Mia juga kini aktif dengan perniagaan tudung jenamanya sendiri iaitu MS Couture.