Barisan produser American Idol difahamkan masih belum membuat keputusan sama ada mahu mengekalkan konsep yang sama ataupun tidak.
Program realiti popular itu sepatutnya sudah ditamatkan pada musim lepas sebelum dikhabarkan kembali bersiaran tidak lama lagi.
Disebabkan itu, terdapat beberapa nama yang berada dalam pertimbangan produser untuk menjadi juri musim terbaharu nanti.
Portal The Hollywood Gossip melaporkan, antara nama-nama yang disebut termasuklah Lionel Richie, Luke Bryan, Keith Urban dan ramai lagi.
Cuma pengacara American Idol, Ryan Seacrest lebih suka jika Kim Kardashian menjadi juri kerana dikatakan berupaya menyuntik kelainan terhadap rancangan itu berbanding musim-musim terdahulu.