Dua dekad berkecimpung dalam bidang nyanyian, Aris Ariwatan antara penyanyi popular era 90-an yang terus bertahan sampai hari ini.
Antara rangkaian lagu popularnya yang masih ‘evergreen’ dan menjadi siulan peminat ialah Lamunan Terhenti, Cinta Tak Kenal Siapa, Permaidani, Ketika Asmara Melepaskan Layarnya dan Korban Cinta.
Namun namanya agak menyepi dari persada muzik tanah air ketika ini hingga ada yang mendakwa penghibur bertaraf legenda ini tidak aktif dalam bidang nyanyian.
Hakikatnya kata Aris, 53, dia masih aktif memenuhi undangan persembahan majlis makan malam anjuran pihak korporat mahupun persendirian.
“Ketika mula berkecimpung dalam bidang nyanyian, saya memang lebih suka bersikap ‘low profile’ sejak dulu.
“Selain menjayakan persembahan untuk majlis makan malam untuk pihak korporat, saya juga artis budaya di Majlis Perbandaran Subang Jaya sejak 17 tahun lalu,” katanya.
Aris juga lebih selesa berkongsi cerita dengan media dan peminat jika ada perkembangan terbaru dalam karier seninya.
“Sebab itu tidak banyak publisiti membabitkan diri saya kerana persembahan untuk pihak korporat tidak disiarkan dalam akhbar,” katanya.
Aris juga mengakui tiada istilah bersara daripada bidang nyanyian yang sudah sebati dengan dirinya sejak dulu.
“Saya adalah penyanyi sepenuh masa dan periuk nasi saya dalam bidang nyanyian. Saya akan terus menyanyi selagi masih bernafas dan diperlukan peminat muzik tanah air,” katanya.
Mengenai bingkisan album baru, Aris juga mempertaruhkan album mini yang memuatkan lima lagu, sekali gus mengubat kerinduan peminat pada 2015.
Rangkaian lima lagu yang dimuatkan dalam album mini itu ialah Kerna Cinta, Permata, Buah Tangan Buat Buah Hatiku, Merdeka dan Jangan Menangis Habibah.
Kata Aris, dia pastikan semua lagu yang dihasilkan untuk peminat ada mesej tersendiri iaitu cinta kepada kekasih, isteri dan negara.
Apa yang menarik, lagu Jangan Menangis Habibah adalah ciptaan Aris istimewa buat kakaknya. Katanya, idea menghasilkan lagu itu muncul apabila dia melihat penderitaan kakaknya yang menghidap kanser pada tahap empat sebelum ini.
“Alhamdulillah, lagu itu turut ditujukan untuk wanita dan berjaya menyentuh hati peminat.
“Sepatutnya album mini ini diedarkan syarikat rakaman Universal Music tetapi tertunda sampai sekarang.
Saya juga menggunakan medium secara talian untuk mempromosikan lagu baru saya kepada peminat,” katanya.
Rancang duet dengan penyanyi muda
Sebagai penyanyi berpengalaman, Aris juga melihat kemunculan ramai artis muda sebagai pelapis dalam mewarnai bidang muzik tanah air.
Menurut Aris, dia juga tidak ada masalah untuk berduet dengan artis muda yang berbakat pada masa depan.
“Saya melihat ada beberapa penyanyi muda yang berbakat besar dan mampu pergi lebih jauh dalam bidang muzik. Antaranya Hael Husaini, Faizal Tahir dan Aizat Amdan.
“Jika ada peluang dan rezeki, saya ingin berduet dengan penyanyi muda yang boleh mencipta lagu seperti Hael Husaini yang popular dengan lagu Jampi ketika ini,” katanya.
Memulakan karier nyanyiannya bersama kumpulan Ariwatan pada 1989, Aris atau Haris Fadzillah Daud juga tidak menoleh ke belakang walaupun selepas bergerak solo dengan menghasilkan album demi album iaitu Aris Ariwatan (1991), Balada Orang Berdosa (1992), Aris (1994) dan Kaya (1996).
Selain itu, Aris juga pernah menjayakan Konsert Gegar 5 Lagenda 2013 di Istana Budaya berkongsi pentas dengan rakan seperjuangan, Rahmad Mega, Zamani Slam dan Ali Terra Rossa.