Fiza Frizzy Ringkas, selesa demi masa depan


Pengacara Fiza Frizzy menafikan berahsia mengenai perkahwinannya baru-baru ini.

Dia sebaliknya tidak mahu terlalu menghebahkan mengenai majlis itu.

Fiza, 30, memilih pemain bola sepak Kuantan FA, Fazli Zulkifli, 36, sebagai pasangan hidup dan mereka sah bergelar suami isteri jam 12.30 tengahari, Ahad lalu di Masjid Putrajaya.

Menurut Fiza, dia dan Fazli memang merancang membuat majlis sangat ringkas selain mengakui dirinya bukan nama besar dalam industri.



“Saya bukannya artis besar pun dan mana ada saya berahsia. Cumanya, saya memang mahu majlis ringkas dan hanya menjemput ahli keluarga, rakan dan kenalan terdekat saja.

“Perbelanjaan majlis itu pun sekitar RM30,000. Majlis resepsi pun memang sangat ringkas sekadar makan-makan dan ambil gambar. Pengacara pun tiada.



“Saya dan suami sepakat lebih baik kami menggunakan duit untuk perancangan masa depan. Lagi pun, Saya memang rancang mahu timang cahaya mata secepat mungkin dan pasti perbelanjaan lebih banyak selepas itu,” katanya.

Majlis resepsi sebelah suami pengacara CJ Wow Shop itu akan diadakan April nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post