Jada Smith tidak terfikir berkahwin


JADA PINKETT SMITH

SELEBRITI popular Hollywood, Jada Pinkett Smith mengakui dirinya tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga sebelum bertemu suami, Will Smith.

Usia perkahwinan pasangan bahagia itu kini mencecah dua dasawarsa apabila mendirikan rumah tangga pada 31 Disember 1997.

“Saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin sebelum ini.

“Perkahwinan sememangnya memiliki pasang surut dan saya benar-benar bahagia memiliki suami yang cukup memahami,” ujarnya seperti mana dilaporkan oleh E! News.

Cuma, Pinkett Smith, 45, tidak mahu anak perempuannya, Willow Smith, 17, mengikut jejak langkahnya mendirikan rumah tangga pada usia muda.

“Jangan tergesa-gesa untuk berkahwin, masih banyak yang boleh dilakukan dalam kehidupan sebelum mendirikan rumah tangga,” ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post