Baekhyun gemar berbogel


Anggota kumpulan EXO, Baekhyun berkongsi pengakuan pelik dalam beberapa klip video kumpulan tersebut termasuklah gemar berbogel di belakang tabir.

Dalam satu temu bual, kesemua anggota kumpulan tersebut menyakat Baekhyun dengan membongkar aksi pelik dirinya yang gemar berbogel sebelum sesuatu penggambaran klip video dijalankan.

“Tolonglah berhenti menunjukkan badan anda kepada kami dan jangan kentut sesuka hati. Ia sangat teruk. Anda tahu ia tidak patut dilakukan tapi anda mahu juga lakukannya (berbogel),” ujar salah seorang anggota kumpulan tersebut, Kai.

Baekhyun membalas dengan berkata, dia melakukan perkara tersebut untuk merapatkan hubungan bersama anggota kumpulan yang lain.

“Sebenarnya, banyak kali saya berjalan tanpa seurat benang. Kawan-kawan lain sahaja yang tidak menyedarinya (tertawa),” kata Baekhyun.

Kenyataan tersebut menggamatkan suasana ketika sesi temu bual dan wartawan yang menemu bual mereka berkata: “Lain kali kalau Baekhyun berbogel sila rakam dan bunyi kentutnya sila dijadikan nada dering.”

Post a Comment

Previous Post Next Post