Anak tak dipilih ketua pengawas, ibu adu kementerian pendidikan


Kalaichelvi Nadarajan

Tidak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh jawatankuasa pemilihan ketua pengawas, seorang ibu kepada murid lelaki berusia 11 tahun membuat aduan kepada Kementerian Pelajaran.

Kalaichelvi Nadarajan membuat aduan kepada kementerian itu selepas anaknya tidak dipilih sebagai ketua pengawas pada 4 Februari oleh jawatankuasa pemilihan sekolah Sri KDU.

Beliau meminta alasan diberikan mengapa calon yang lain lebih sesuai sebagai ketua pengawas sekolah persendirian itu, tetapi penegasannya dinafikan oleh pihak sekolah.

"Anak lelaki saya bekerja keras, menunjukkan pencapaian atas purata (dalam program-program akademik dan ko-kurikulum) dan malah ditawarkan kedudukan teratas dalam lembaga pengawas tahun lepas.



"Namun, tahun ini, tiada siapa yang boleh beritahu saya mengapa pelajar yang lain telah dipilih (sebagai ketua pengawas) berbanding anak saya," kata Kalaichelvi.

AK Chan, ketua pegawai operasi (COO) dan pengarah akademik sekolah Sri KDU, dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada hari Khamis, mempertahankan prosedur pemilihan jawatankuasa.

"Dalam penilaian jawatankuasa itu di Sekolah Sri KDU, (pelajar yang telah dipilih sebagai ketua pengawas) adalah calon yang lebih sesuai untuk jawatan itu, berdasarkan hasil daripada keseluruhan proses pemilihan.

"(Pemilihan ini juga berdasarkan kepada) pemerhatian jawatankuasa ini kepada kematangan pelajar, kesabaran, komitmen, dan ketekunan dalam melaksanakan tugasnya pada tahun lepas, serta penghormatan yang beliau dapat dari yang lain daripada badan pengawas," jelas Chan.

Post a Comment

Previous Post Next Post